Saturday 4 June 2011

T-shirt KRM Tawau

Seperti yang sedia maklum selama KRM Tawau ditubuhkan belum ada T-shirt rasmi bagi ahli-ahlinya mahupun baju koprat untuk ahli jawatankuasa KRM Tawau. Oleh itu, ahli jawatankuasa kelab telah bersetuju untuk mencadangkan T-shirt KRM Tawau seperti yang tertera dibawah ini agar dapat dipanjangkan lagi ke pengetahuan ahli-ahli kelab. Dengan pertambahan jumlah ahli Kelab saban bulan, amatlah menjadi harapan AJK KRM Tawau untuk membuat sebuah T-shirt kelab agar dapat menyeragamkan semua ahli-ahli KRM Tawau.

::: antara cadangan T-shirt KRM Tawau :::

          Pihak AJK KRM Tawau  juga mengambil dasar buka pintu bagi sesiapa sahaja ahli KRM Tawau melampirkan rekaan mereka agar dapat diipertimbangkan dan diperpanjangkan ke pengetahuan AJK tertinggi KRM Tawau. AJK KRM Tawau juga mengalu-alukan segala maklum balas dan permintaan ahlinya berkenaan T-shirt  KRMT Tawau.
          Amat janggal juga rasanya jika kelab tidak mempunyai T-shirt yang bisa membawa nama KRM Tawau dimana sahaja bahkan diseantero dunia. Tinggi juga harapan ahli-ahli KRM Tawau agar dapat mempunyai T-shirt  kelab yang membolehkan mereka sebagai 1 komuniti kelab yang lebih seragam.
          Untuk makluman juga, bagi T-shirt KRM Tawau ini bukan lah percuma. Ini kerana sekirannya mengharapkan kelab untuk membiayai semua jumlah kos pakaian, rasanya membebankan kelab dan sebaiknya kos tersebut dibawa ke lain aktiviti KRM Tawau kelak. KRM Tawau sebagai sebuah organisasai sukarela seharusnya harus berkorban sedikit untuk kesenangan akan datang. Jumlah harga baju T-shirt KRM Tawau juag belum dipastikan secara jelas, ini kerana AJK KRM Tawau akan sedaya upaya mencari dan menawar harga yang terendah dan tidak melupakan kualiti agar ahli-ahli tidak merasa terbeban untuk memperolehinya. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...