Tuesday 2 August 2011

Crime Awareness Team "OUTREACH TO HOTSPOT"





Crew KRM Tawau (CAT) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia Cawangan Tawau telah pergi sendiri turun padang ke salah satu kawasan hotspot di tawau iaitu "Taman Semarak". Ramai yang sedia maklum, kawasan tersebut merupakan kawasan black area dimana jenayah sering kali berlaku. Taman Semarak juga merupakan salah satu kawasan dimana menjadi tumpuan pihak polis dan juga menjadi penyumbang statistik jenayah di tawau, antara pelaku-pelaku jenayah tersebut juga merupakan golongan remaja / belia yang menghabiskan masa muda mereka dengan membuat perkara-perkara yang tidak bermanfaat. 
          Crime Awareness Team Rakan Muda ingin mengubah paradigma remaja kini dengan pengisian-pengisian program yang dapat membawa remaja kearah kecintaan negara yang berdaulat. Kehadiran CAT juga telah dapat membantu pihak polis dalam memerangi jenayah seterusnya membuka mata remaja bahawa betapa keji, buruk, dan hinanya jenayah itu jika dilakukan. 
              Program "OUTREACH TO HOTSPOT" dimulakan dengan aktiviti senamrobik ahli-ahli CAT dan juga merupakan ahli-ahli Anugerah Remaja Perdana KRM Tawau. Aktiviti sihat dipagi hari membantu ahli-ahli bersemangat untuk berkhidmat. Khidmat masyarakat dilakukan selepas selesai senamrobik diadakan, sampah-sampah yang dahulunya  bertaburan sekitar tapak gelanggang futsal  dan pondok polis berdekatan kini ceria dengan lupusnya sampah-sampah yang dahulunya menjijikan permandangan. Aktiviti dari pintu ke pintu dilakukan bagi memberi risalah-risalah CAT bertujuan memberi kesedaran berkenaan jenayah yang berlaku di kawasan mereka. Sejurus aktiviti pintu ke pintu, wakil rakyat DUN N.58 Marotai, Pang Yuk Ming hadir memberi pendedahan kesedaran belia zaman modern kini. 


pemasangan banting CAT sekitar gelanggang
mari pasang, pasang jangan tak pasang..:)

mari bersenamrobik "kearah gaya hidup sihat"
angkat tangan macam saya "SOLEY-SOLEY"

mari berkhidmat masyarakat
pungut jangan tak pungut
dimana ada sampah, disitu ada kami..:)
kami "ANTI KUTU SAMPAH"

banyak lagi samapah tu.. jangan bagi peluang kepada sampah..:)

jom pergi pintu ke pintu 
tengok saja blok ini sudah tahu akan kedajalan mereka yang x bertanggung jawab..!!
minta masa sebentar unty.. nak bagi risalah jew..:)
Generasi yang bakal mencorak pentadbiran negara
OMG... lorong maut..!!
YB. Pang Yuk Ming memberi pendedahan belia zaman modern kini
Add caption

sesi bergambar bersama YB. Pang Yuk Ming, DUN N 58, Marotai
kehadiran pondok polis semarak membantu mengurangkan jenayah dikawasan ini

crew CAT / Anugerah Remaja Perdana

sesi lompat melompat 1
sesi lompat melompat 2
sesi lompat melompat 3










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...