Wednesday 1 June 2011

Aktiviti Santai KRM Tawau (Kapurung Maree..)


KAPURUNG: tawau sudah cukup sinonim dengan makan tradisi suku kaum bugis iaitu kapurung, KRM Tawau dengan kerjasama ahli-ahlinya telah memasak sendiri makanan tradisonal tersebut yang telah disertai sendiri oleh Penyelia Pusat Kegiatan Rakan Muda Tawau sendiri iaitu En. Alex Dennis. Beliau juga meminati masakan tersebut. Menurut saudara Alex Dennis, beliau telah lama merancang untuk membuat masakan ini di PKRM Tawau, atas sebab tertentu ianya ditunda, akan tetapi niatnya untuk membuat Kapurung di PKRM Tawau termakbul juak atas kelapangan masa
                 Kapurung yang asalnya diperbuat daripada sagu telah menarik ramai peminatnya. Rasa lemaknya juga telah mengugat selera para penggemarnya. Oleh yang demikian, KRM Tawau berperanan  menghidupkan kembali makanan tersebut yang kini jarang-jarang kita perolehi. Mungkin dengan hanya pergi ke majlis-majlis keraihan masyarat bugis sahaja anda akan dapat merasainya sendiri.

                 Kini  sesiapa sahaja tidak mengira umur telah meminati masakan Kapurung, bukan itu sahaja, suku kaum lain juga meminatinya. Tidak hairan la kalau ramai penggerai makanan diluar sana yang membuka makanan Kapurung kerana permintaannya tinggi dan sukar untuk didapati.


Kedapatan ketika ingin mencukai sebelum siap..hahaha

Saiko sak ni, pas potong digambar bukan dipotongnya sudah tu limau.. (kedapatan)..hehe

Apa yang penting KERJASAMA...!!! tp sorang ni asyik makan jak kerjanya..??

ini dia bahan utama dalam pembuatan KAPURUNG.. kami guna tepung kanji jak..hihihi


                 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...