Sunday 29 May 2011

Pusat Kegiatan Rakan Muda / Pusat Siber Rakan Muda Tawau

signbord Pusat Kegiatan Rakan Muda Tawau (KERAMAT)

Pusat Kegiatan Rakan Muda Tawau,
 TB 328, Blok 41, 
Tingkat 2 Kompleks Fajar, 
91000 Tawau, Sabah

Pusat Kegiatan Rakan Muda / Pusat Siber Rakan Muda Tawau kini diperuntukan 5 buah komputer dan wireless percuma khas untuk kemudahan para belia tawau, ini kerana alam maya kini semakin pesat  mencapai arus pembaharuan, oleh itu KERAMAT memainkan peranan dalam membimbing belia tawau kearah melahirkan belia yang celik komputer.




 Berikut dilampirkan peraturan dalam Pusat Siber Rakan Muda Tawau : 

  1. Sila daftar nama sebelum menggunakan komputer
  2. Penggunaan komputer adalah 1 komputer untuk 1 orang sahaja dan 2 jam diperuntukan untuk 1 orang
  3. Sila pastikan pendrive anda telah di scan terlebih dahulu sebelum diguna
  4. Dilarang membuat bising dan memasang sistem audiondengan kuat
  5. Dilarang menutup (OFF) atau restart komputer
  6. Dilarang melayari laman web yang berunsurkan lucah / judi
  7. Dilarang mengubah setting komputer
  8. Tidak dibenarkan makan dan minum semasa menggunakan komputer dan sila jaga kebersihan
  9. Sila jaga batas pergaulan anda kekasih / kawan / lain-lain
  10. Jika anda mengalami sebarang masalah, sila berhubung dengan Penyelia Pusat Siber

SILA HANTAR ADUAN / KOMEN ANDA KE :

Telefon : Pengurus - 016 8100728
Email    : itbastrainingcentreIbn@yahoo.com ATAU bro_poch@hotmail.com






Saturday 28 May 2011

Mesyuarat Agung KRM Tawau bagi tahun 2011

31.Januari.2011 : Pada tarikh tersebut, Kelab Rakan Muda Tawau (KERAMAT) menerusi Jabatan Belia & Sukan (P) Bahagian Tawau telah mengadakan mesyuarat agung tahunan bagu tahun 2011. Mesyuarat agung tersebut telah dipengerusikan sendiri oleh pegawai Jabatan Belia & Sukan (P)  Bahagian Tawau iaitu En. Himran Bin Entoh. 
            Ahli-ahli kelab yang dahulunya suram kini telah berhimpun kembali bagi menunaikan tanggungjawab mereka terhadap hala tuju masa hadapan kelab kelak. Kelab Rakan Muda Tawau atau yang diberi nama KERAMAT kini makin berkembang bilangan ahlinya dengan pensrukturan semula organisasi kelab. 
            KERAMAT kini lebih menuju setapak lagi dengan adanya aset tetap iaitu Pusat Kegiata Rakan Muda / Pusat Siber Rakan Muda Tawau yang telah menjadi himpunan bagi ahli-ahlinya dan juga belia tawau khasnya. Dengan organisasi baharu ini juga telah merubah paradigma belia tawau yang dahulunya tidak tahu ingin apa dilakukan ketika diusia belia mahupun ketika cuti sekolah, maka KERAMAT berperanan mengisi masa belia ataupun masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti sukarelawan agar mereka tidak terjebak dengan masalah-masalah sosial diluar sana, seterusnya tidak menjadi individu yang menaikkan statistik jenayah negara.


Pengerusi

Tim. Pengerusi

Setiausaha

Tim. Setiausaha

Bendahari:

Juru Audit 1

Juru Audit 2

AJK 1

AJK 2

AJK 3

AJK 4
           
           

inilah wajah-wajah Organisasi KRM Tawau bagi sesi 2011



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...