Sunday 6 November 2011

Latar Belakang Rakan Muda

MAKLUMAT AM
Pengenalan
  1. Program Rakan Muda Fasa II adalah kesinambungan kepada program Rakan Muda yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan sejak 29 Oktober 1994
  2. Dilancarkan oleh YAB. Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada
  3. 29 Mei 2008 di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur
  4. Program yang dilaksanakan berasaskan transformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti
  5. Teras program melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut
Falsafah
  1. Pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. (Community Youth Development).
  2. Penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat.
  3. Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh pengamal Gaya Hidup.
  4. Tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Konsep
Menekankan kepada aspek pembangunan diri remaja, sistem penyampaian, pelaksanaan program berterusan, perkongsian pintar dan penglibatan masyarakat secara menyeluruh

Visi
Membina modal insan belia remaja yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak dan berkemahiran, aktif serta mengamalkan gaya hidup berkualiti, berdaya maju dalam aspek sosio budaya serta berupaya menjadi pemangkin kearah perpaduan dan pembangunan negara
Misi
Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda berdasarkan keutamaan pembangunan diri remaja berumur 15 - 25 tahun melalui pendekatan komuniti selaras dengan agenda pembangunan negara.
Objektif
  • Membangunkan watak dan imej diri remaja dengan penerapan nilai-nilai positif, berdisiplin, hormat-menghormati, bersemangat sukarela, bekerjasama, bersatu padu dan bersemangat patriotik
  • Menjadikan Prihatin, Mahir dan Dinamik sebagai teras pembangunan modal insan golongan belia remaja dengan semangat “Yakin Boleh Gemilang”
  • Mempromosi 8 Gaya Hidup Rakan Muda dan 4 program utama dikalangan belia remaja ke arah merealisasikan masa lapang berkualiti
  • Mewujudkan komuniti yang saling berhubungan antara sub komuniti dan individu melalui pelbagai aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda
  • Memantapkan jaringan hubungan dalam melaksanakan program secara bersepadu bersama agensi dan NGO’s yang mempunyai kemahiran khusus yang berkaitan dengan aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda
  • Merencana dan mengurus prasarana dan khidmat aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda di sektor-sektor tumpuan golongan muda termasuk Peringkat Komuniti
Mekanisma Pelaksanaan
  • Kelab Rakan Muda Kawasan Parlimen
  • Pusat Kegiatan Rakan Muda Kawasan Parlimen
  • Sekretariat Rakan Muda
    - Sekretariat Rakan Muda IKBN / IPT
    - Sekretariat Rakan Muda Komplek Belia dan Sukan Negeri
    - Sekretariat Rakan Muda Kawasan Kemajuan Tanah
    - Sekretariat Rakan Muda Kompleks Rakan Muda
    - Sekretariat Rakan Muda Industri
    - Sekretariat Rakan Muda PBT
    - Sekretariat Rakan Muda Agensi yang terlibat
    - Sekretariat Rakan Muda Maktab Perguruan
  • Kerjasama Dengan Agensi Kerajaan
    - Kementerian Pelajaran (Anugerah Remaja Perdana, Program Rakan Muda Sekolah)
    - Kementerian Pengajian Tinggi (Sekretariat Rakan Muda IPT)
    - Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Rakan Seni Budaya, RMJM)
    - Kementerian Kemajuan Luar Bandar Wilayah (Rakan Muda Wawasan Desa)
    - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Gaya Hidup Rakan Masyarakat)
    - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Sekretariat Rakan Muda Kawasan Perumahan)
    - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Gaya Hidup Rakan WIrausaha)
    - Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Gaya Hidup Rakan Inovasi)
    - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Gaya Hidup Rakan Cinta Alam)
    - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Rakan Muda Jiran Muda)
Prinsip Pendekatan Rakan Muda
  • Ke arah menggalakkan penyertaan lebih ramai remaja memi.ih aktiviti-aktiviti Gaya hidup berkualiti menerusi program Rakan Muda, prinsip pendekatan melalui 8 Gaya Hidup telah diketengahkan iaitu :
8 GAYA HIDUP
Rakan Cinta Alam
Program penerokaan dan pendedahan, kepentingan penjagaan alam yang dipenuhi flora dan fauna, haiwan, sejarah dan pelbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Alam Semulajadi, Kelab Kembara/Rekreasi /Memancing/Kayak, Persatuan Sejarah.
Rakan Inovasi
Kreatif, inovatif dan mahir adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda melalui program bimbingan tenaga pakar bagi melahirkan tenaga muda yang mahir dan berdaya cipta dalam bidang teknologi canggih, moden dan maju. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Aeromodeling, Kelab Astronomi, Kelab Seni Foto, Persatuan Kemahiran Hidup, Persatuan Elektronik, Persatuan Motor Mekanik.
Rakan Kecergasan
3 komponen utama : Sukan, Rekreasi dan Kecergasan menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta semua Kelab Sukan Sekolah.
Rakan Masyarakat
Patriotisme, Cinta Negara dan Penyanyang disamping penerapan nilai-nilai kepimpinan, kerohanian dan keprihatinan pasti menjamin perpaduan yang mantap. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Kemanusiaan (Humanitrian), Kelab Lions, Kelab Interact, Kelab Leo, Persatuan Sains Kemasyarakatan, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab Rukunegara, Kelab Setia, Kelab Keselamatan Jalanraya, Kelab Pengguna, Kelab Bimbingan dan Kaunseling.
Rakan Seni Budaya
Bakat semulajadi yang ada dalam diri tidak harus dipersiakan. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Muzik dan Genderang, Kelab Kebudayaan, Kelab Seni Kraftangan, Kelab Kompang, Kelab Koir dan Kelab Nasyid, Persatuan Pendidikan Seni, Pasukan Pancaragam Brass, Pasukan Pancaragam Lain-lain.
Rakan Wajadiri
Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif, pasti menjanim keperibadian mulia generasi muda. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Seni Silat Sekolah, Taekwondo, Karate-Do, Silambam, Wushu, Taichi dan Chingkung.
Rakan Wirausaha
Bercita-cita menjadi ahli korporat dan ahli perniagaan? Ikuti program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan bagi mewujudkan ekonomi masa hadapan negara yang lebih maju dan berdaya saing dalam semua bidang. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Kewangan Pelajar Sekolah/Kelab Pelabur Bijak, Kelab Usahawan Muda, Persatuan Ekonomi/Sains Rumah Tangga, Persatuan Prinsip Akaun/ Ekonomi dan Kelan Koperasi Sekolah.
Rakan Siber
Saluran internet memainkan peranan sebagai saluran untuk berkomunikasi dan berhubung dengan golongan remaja. Berfungsi sebagai satu platform siber dimana pihak Kementerian dapat berkomunikasi serta mengumpul maklumat dari golongan remaja berkaitan isu-isu semasa. Sertai aktiviti ini dengan melayari portal siber www.2-u.com.my atau Kelab Komputer Sekolah dan juga Pusat Siber Rakan Muda di semua Kompleks Rakan Muda.

































 Penawaran penganjuran bersama dengan pelbagai pihak dan sector untuk 
menganjurkan 4 program utama berikut :
Rakan Muda Jiran Muda
Penglibatan pelajar dalam program Rakan Muda tidak terhad semasa waktu persekolahan sahaja. Pelajar juga boleh mengikuti aktiviti-aktiviti hujung minggu dan cuti persekolahan melalui program Rakan Muda Jiran Muda seperti Kem Rakan Muda Jiran Muda (Kem Musim Cuti) dan program hujung minggu di kawasan perumahan melalui program ‘Weekend Champs’ melalui kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri. 
Sukarelawan
Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan akan bekerjasama membimbing remaja melalui program ini bagi melahirkan tenaga muda yang sentiasa bersedia berkhidmat dan berpengetahuan tinggi dalam apa jua keadaan sama ada diperingkat nasional mahupun antarabangsa. Untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah. 
Rakan Muda Wawasan Desa
Kepimpinan Kesedaran dan Kerjasama adalah aspek bagi pembangunan remaja. Program ini membantu remaja membangunkan kesedaran mengenai pentingnya pembangunan masyarakat secara menyeluruh. Spritual, Mental dan Fizikal yang disumbangkan akan menjana tenaga muda yang prihatin dan dinamik. Untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah. 
Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
Pelajar akan dapat menyertai aktiviti gaya hidup Rakan Muda di sekolah menerusi Kelab sedia ada di peringkat sekolah serta diiktiraf penglibatan mereka melalui skim pengiktirafan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Piawaian skim ARPRM adalah diiktiraf oleh piawaian antarabangsa “The International Award For Young People” yang beribu pejabat di United Kingdom. Untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah.



















 Fungsi
Bahagian Pembangunan Rakan Muda:
  1. Menjalankan pengurusan dan Pentadbiran bahagian dengan sistematik dan teratur.
  2. Merancang, mengamal dan menyelaras serta menilai aktiviti dan projek-projek Rakan Muda di semua peringkat bagi :-
    - Menzahirkan potensi tertinggi generasi muda Negara
    - Membina generasi pewaris yang sempurna dan bertanggungjawab dan,
    - Melahirkan satu generasi yang produktif dengan menyumbang dan bergerak bersama dalam arus pembangunan Negara.
  3. Menyelia dan mengawal serta menilai proses pemberian bantuan kewangan.
  4. Menyediakan program-program pembangunan Rakan Muda untuk remaja berdasarkan kepada kumpulan sasar iaitu mereka yang berusia 15 – 25 tahun.
  5. Melahir generasi pewaris yang sempurna yang mempunyai sifat-sifat prihatin, mahir dan dinamik.
  6. Memperluaskan perlaksanaan program Rakan Muda melalui pendekatan Rakan Muda Fasa II bagi tujuan penglibatan remaja secara menyeluruh.
  7. Merancang & menyediakan program-program khusus Rakan Muda untuk remaja-remaja yang tidak menyertai persatuan bagi memenuhi inspirasi & citarasa mereka.
  8. Mewujudkan dan mengembling tenaga penggerak Rakan Muda di kalangan belia bagi memantapkan pelaksanaan program Rakan Muda secara lebih efektif di peringkat akar umbi.
  9. Menyediakan dan mengoptimumkan kemudahan-kemudahan prasarana mel
  10. alui pendekatan Kompleks Rakan Muda.
  11. Melahirkan golongan remaja yang mempunyai semangat kesukarelaan yang tinggi serta dapat menyumbang kepada pembangunan bangsa, agama dan Negara
  12. Meningkatkan kapasiti pelaksanaan program Rakan Muda secara perkongsian bijak dengan badan-badan NGO, Swasta.
  13. Menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan kepada remaja ke arah melahirkan remaja prihatin, dinamik dan mahir.
  14. Memupuk, menyemai dan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan remaja.
  15. Menyediakan program pembangunan sahsiah bagi tujuan meningkatkan penglibatan remaja dalam pembangunan.
  16. Merancang dan menyediakan program untuk bekas-bekas peserta PLKN (post PLKN).
  17. Merangka, menyediakan dan memperkemaskan aktiviti-aktiviti baru yang bersesuaian di bawah pendekatan baru pelaksanaan program Rakan Muda.
  18. Meningkatkan sinergi antara agensi kerajaan, swasta untuk meningkatkan liputan program.
  19. Mewujudkan jaringan antarabangsa melalui program khidmat masyarakat di negara Asean.
Peranan Bahagian Pembangunan Rakan Muda
i. Mengisi masa lapang generasi muda negara dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah serta menghindarkan mereka daripada terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang tidak sihat.
ii. Membangunkan potensi generasi muda dari segi pembangunan minda, fizikal, sifat kemasyarakatan, kekeluargaan, kesukarelaan dan kenegaraan serta sahsiah diri.
iii. Menyediakan generasi muda yang sempurna dan bertanggungjawab agar mereka dapat menyumbang dengan produktif kepada pembangunan negara.
Tanggungjawab Bahagian Pembangunan Rakan Muda
i. Merancang, melaksanakan, menyelaras dan memantau pelaksanaan 8 Program Gaya Hidup dan 4 Program Rakan Muda di seluruh negara dengan berkesan dan sempurna.
ii. Membangunkan 8 Program Gaya Hidup dan 4 Program Rakan Muda sebagai satu program penjana pembangunan masyarakat yang penting ke arah pembangunan generasi muda negara.
iii. Mengembeling sokongan masyarakat umumnya dan golongan muda khususnya ke arah usaha-usaha kerajaan dalam pembangunan negara.
iv. Menjana pemikiran dan minda golongan remaja ke arah meningkatkan rasa kebertanggungjawaban mereka dalam proses pembangunan negara melalui pendekatan dan strategi baru untuk menarik minat golongan ini melibatkan diri.
Strategi Rakan Muda
  1. Merangka, menilai dan mengkaji dasar, strategi pendekatan dan pelaksanaan program Rakan Muda untuk mencapai wawasan negara.
  2. Membimbing golongan remaja supaya sentiasa bersedia untuk menyahut cabaran wawasan negara.
  3. Mewujudkan kesedaran dan peluang penyertaan yang luas melalui 7 Gaya Hidup dan 3 Program Rakan Muda di semua peringkat dan lapisan masyarakat dengan cara yang lebih menarik, selesa dan berkualiti selaras dengan wawasan negara.
  4. Mewujudkan tenaga pelaksana dan pihak pengurusan yang cekap dan berkesan bagi menjamin kelancaran pencapaian matlamat kementerian.
  5. Mengadakan kerjasama yang erat dengan industri, swasta, agensi kerajaan, NGO’s dan orang perseorangan dalam menjayakan pelaksanaan 9 Gaya Hidup dan 8 pengsektoran Rakan Muda.
  6. Memberi peluang kepada golongan muda untuk menyertai dan melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang mereka minati.
  7. Memperluaskan pelaksanaan program Rakan Muda melalui pendekatan pengsektoran bagi tujuan penglibatan remaja secara menyeluruh.
  8. Merancang dan menyediakan program-program khusus Rakan Muda untuk remaja-remaja yang tidak berpersatuan bagi memenuhi inspirasi dan citarasa mereka.
  9. Mewujudkan dan mengemblengkan tenaga Penggerak Rakan Muda di kalangan remaja bagi memantapkan pelaksanaan program Rakan Muda secara lebih efektif di peringkat akar umbi.
  10. Menyediakan dan mengoptimumkan kemudahan-kemudahan prasarana melalui pendekatan Kompleks Rakan Muda.
Wawasan Program Rakan Muda
Merupakan satu kaedah untuk menggerakkan dan menjurus semua aspek pembangunan generasi muda ke arah penyumbang dan pelengkap kepada pencapaian matlamat wawasan 2020. GerakKan dan program yang telah digubal akan bertindak secara bersepadu untuk mencetuskan ‘Gaya Hidup’ berkualiti serta memperkukuhkan sistem nilai dan nilai tambah dikalangan generasi muda.
Matlamat Program Rakan Muda
Menyediakan program-program pembangunan Rakan Muda untuk semua remaja berdasarkan kepada kumpulan sasar iaitu remaja yang berumur di antara 15-25 tahun bagi melahirkan generasi pewaris yang sempurna yang mempunyai ciri-ciri yang prihatin, mahir dan dinamik.
Dasar Kualiti

Komited terhadap kepuasan pelanggan secara maksimum dengan mengutamakan kehendak-kehendak pelanggan dan mengambil tindakan penambahbaikkan secara berterusan agar menghasilkan pelanggan yang berwibawa.
Piagam Pelanggan
Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Negara akan berusaha ke arah melahirkan remaja Malaysia yang terbina sahsiahnya, dinamik, prihatin dan mahir serta memiliki personaliti unggul. memiliki semangat kesukarelaan yang tinggi hingga ke peringkat global dan menjadi penjana modal insan negara.
Bagi mencapai hasrat ini, kami berjanji untuk :-
1. Memberi perkhidmatan yang cepat, mesra dan telus bagi memenuhi kehendak pelanggan.
2. Mengekalkan integriti yang tinggi sebagai penjawat awam semasa memberi perkhidmatan.
3. Memberi khidmat nasihat dan maklumat terkini mengenai program Rakan Muda kepada remaja seluruh negara melalui pelbagai cara.
4. Menjawab semua surat yang diterima oleh Bahagian dalam tempoh satu minggu.
5. Memproses permohonan bantuan daripada pelanggan dan memaklumkan keputusannya dalam tempoh satu bulan.
6. Sentiasa menambahbaikkan pelaksanaan program melalui kaedah pemantauan yang berkesan.
7. Memberi peluang kepada remaja Malaysia mengikuti program Rakan Muda tanpa mengira agama dan keturunan.
8. Memastikan pelaksanaan setiap program berpandukan kepada objektif dan matlamat bahagian.
9. Meningkatkan jalinan hubungan dan kerjasama dengan jabatan, agensi dan badan yang berkaitan dengan bahagian Rakan Muda.
10. Sentiasa menerima sebarang teguran dan pandangan membina bagi menambahbaikan lagi program Rakan Muda bagi memenuhi sasaran.
Strategi Cawangan
1. Merancang program pembangunan insan bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan dan melaksanakan program dan aktiviti Rakan Muda.
2. Merancang pembangunan kemudahan infrastruktur dan peralatan bagi menyediakan ruang dan peluang kepada remaja untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang diminati di semua peringkat.
3. Memperhebatkan promosi dan kempen-kempen menerusi saluran-saluran media bagi menggalakkan remaja mengisi masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang positif yang boleh meningkatkan lagi potensi diri.
4. Memperteguhkan hubungan kerjasama dengan semua agensi yang berkaitan dengan pembangunan remaja.
5. Merancang dan menyediakan program dan aktiviti Rakan Muda yang berkualiti yang bersesuaian dengan inspirasi dan citarasa mereka.
Cawangan Gaya Hidup
  1. Unit Pembangunan Aktiviti Gaya Hidup dan NGO
    • Menyelaras Program Pembangunan Aktiviti Gaya Hidup
    • Menyelaras Program Kerjasama dengan NGO
    • Menyelaras peruntukan penyaluran bantuan program
  2. Unit Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
    • Promosi, Penyelaras, Pemeliharaan dan Pengembangan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
    • Pemantauan Badan Operasi / Perlesenan
    • Perancangan latihan pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
    • Pengiktirafan Peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
  3. Unit Pengsektoran Urbanisasi dan Program Khas Rakan Muda
    • Menyelaras aktiviti-aktiviti Rakan Muda sempena Hari Belia Negara
    • Melaksana aktiviti Khas seperti Sambutan Tahun Baru Cina Rakan Muda
    • Program Pembangunan Aktiviti Gaya Hidup
  4. Unit Sahsiah
    • Merancang dan melaksanakan input sahsiah dalam Program Gaya Hidup Rakan Muda
    • Rakan Muda Ramadhan
    • Pemantauan pelaksanaan dan laporan Unit Sahsiah
Cawangan Pembangunan Organisasi dan Komuniti
  1. Unit Pengsektoran Komuniti
    • Menyelaras Kem Rakan Muda Jiran Muda
    • Menyelaras Konvensyen Rakan Muda Jiran Muda
    • Menyelaras Program Kepimpinan Komuniti Muda Prihatin
  2. Unit Sukarelawan
    • Program Pembangunan Sukarelawan
    • Program Skuad Mula RELA
    • Program My Corps
    • Crime Awareness Team (CAT)
  3. Unit Pembangunan Kepimpinan Muda
    • Menyelaras pentadbiran dan pengurusan Kelab Rakan Muda
    • Aktiviti Gaya Hidup di komuniti setempat
    • Pembangunan Kepimpinan Kelab Rakan Muda
Cawangan Pengembangan Rakan Muda
  1. Unit Promosi dan Publisiti
    • Perhubungan Awam Rakan Muda
    • Menyelaras keseluruhan promosi dan publisiti Rakan Muda
    • Menyelaras aktiviti out reach Rakan Muda (Go Mobile)
    • Menyelaras Portal Siber Rakan Muda
  2. Unit Pengsektoran Berinstitusi
    • Sekretariat Rakan Muda Institut Pengajian Tinggi (Awam/Swasta)
    • Sekretariat Rakan Muda Institut Pengajian Tinggi Luar Negara
    • Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT
    • Program Interaktif IPT Bersama Pemimpin
  3. Unit Dokumentasi dan Kajian Data Kad Keahlian Rakan Muda
    • Pengurusan Kad Keahlian Rakan Muda
    • Rekod dan laporan tahunan
  4. dUnit Pembangunan Infra Rakan Muda
    • Merancang aktiviti Kompleks Rakan Muda (KRM)
    • Menyelaras Pengurusan Kompleks Rakan Muda (KRM)
    • Menyelaras Pengurusan dan Pentadbiran Pusat Kegiatan Rakan Muda (Pusat Siber)
* Sumber dari : Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Tarikh Kemaskini: 30/03/2011

copyright from:
http://www.kbs.gov.my/index.php/en/component/content/article/176

Monday 10 October 2011

Majlis Raya Terbuka Rakan Muda

RAYA DATANG LAGI..!!!

KELAB RAKAN MUDA TAWAU tidak ketinggalan meraihkan sambutan hari kemenangan bagi yang beragama islam. Setelah sebulan masyarakat islam dipelusuk dunia berpuasa, kini tiba masanya syawal menjelang dan ramadhan melabuhkan tirainya. Tirai ramadhan seharusnya dilabuhkan dengan penuh rasa kesyahduan, ini kerana kita tidak akan dapat mengetahui kebarangkalian kita akan berjumpa dengan bulan yang teramat berkat ini akan datang.

“syawal diraih penuh kemenangan,
Ramadhan pergi penuh kesyahduan,
Ukhwah terjalin penuh keberkatan,
Semoga rahmat diberi,syukur dipanjatkan”

Kehadiran syawal diraih dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan, dikesempatan ini Krew Kelab Rakan Muda Tawau  mengadakan “Jamuan Raya Rakan Muda 2011” dengan dihadiri oleh tetamu VIP, ahli-ahli kelab, serta peserta Anugerah Remaja Perdana (SMK Konven St. Ursulah & SMK Jalan Apas). 

"Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Kami Kelab Rakan Muda Tawau"
<via You Tube>

posing Kejujuran....


"acara bebas"...hahaha


1 Malaysia..hehehe
Antara tetamu VIP.. "jemput makan datuk"


w0oow.. makan kaw ciut "tudung itam"..kakaka
ini bl0m asi lagi.. ini la bentuknya sebelum diserang..hehe
heeyyy matcha..


time makan pun sempat j0ak "peace"..
baju raya sapa yg palink kam 1...??
piwiittt..ehem-ehem
asi ka d0b0l..kakaka
ambil ja banyak² x dibayar p0wn..kekeke






Sunday 18 September 2011

Berbuka Puasa Bersama Krew Kelab Rakan Muda Tawau

Dibulan Ramadhan Al-Mubarak yang tiba ini, kita sebagai masyarakat muslim diwajibkan menunaikan rukun islam ke-3 iaitu berpuasa. Berpuasa adalah diwajibkan bagi semua golongan yang sihat tubuh badan, dan cukup umur. Dalam bulan Ramadhan ini juga harus dimanfaatkan bagi mereka yang ingin diet yang sihat. Bulan Ramadhan yang merupakan bulan yang sangat istimewa dan penuh kelebihan serta keberkatan bagi mana mereka yang memanfaatkannya. Disebalik Berpuasa, masyarakat islam diWAJIBkan menunaikan zakat dengan kadar tertentu, dengan adanya zakat membolehkan golongan yang kurang bernasib baik dapat  ditolong.


Pada kesempatan ini, Krew Kelab Rakan Muda Tawau (KERAMAT) menggunakan kesempatan dibulan ramadhan ini dengan berbuka puasa beramai-ramai bersama ahli kelab. Dengan adanya aktiviti sebegini, ahli-ahli dapat merapatkan silarturrahim seterusnya bermaaf-maafan serta berkongsi cerita dalam berpuasa. Aktiviti berbuka puasa dimulaka dengan pergi ke bazar yang berhampiran Pusat Kegiatan Rakan Muda iaitu berhadapan Sabindo Plaza. Begitu sesak dengan pelbagai lapisan masyarakat yang boleh ditemui di bazar tersebut, begitu juga dengan makanan dan minuman amat pelbagai. Selepas penat membeli makanan untuk berbuka puasa, krew KRM Tawau menuju ke Pusat Kegiatan Rakan Muda bagi menunggu azan maghrib untuk berbuka puasa.


Berikut dilampirkan gambar-gambar sepanjang aktiviti berikut:-

membeli.. saya nak yg tu, yang ni , yang tu hah...
asyik-asyik begambar.. bila kamu maw membeli makanan ni weii..?
rasanya saya ternampak sesuatu yg sedap di makan weii..

ini baru separuh ja.. banyak lagi makanan kam yang kami x bagi tgok


krew KRMT menuju ke PKRM utk menjamah suma makanan ini..haha

meriah sungguh.. banyak makanan GRATIS..lalala

meh repair makanan sblm azan.. ayyokk

baca doa dlu sebelum makan "kata org tua kepada anak-anaknya"
jelingan tu bha..adehh.. tau la kaw agnes monica..hihi

bhaaa.. buli timbakk sudah.. mehh makan ehh

keriangan dalam berbuka puasa.. makan jangan x makan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...