Sunday 18 September 2011

Berbuka Puasa Bersama Krew Kelab Rakan Muda Tawau

Dibulan Ramadhan Al-Mubarak yang tiba ini, kita sebagai masyarakat muslim diwajibkan menunaikan rukun islam ke-3 iaitu berpuasa. Berpuasa adalah diwajibkan bagi semua golongan yang sihat tubuh badan, dan cukup umur. Dalam bulan Ramadhan ini juga harus dimanfaatkan bagi mereka yang ingin diet yang sihat. Bulan Ramadhan yang merupakan bulan yang sangat istimewa dan penuh kelebihan serta keberkatan bagi mana mereka yang memanfaatkannya. Disebalik Berpuasa, masyarakat islam diWAJIBkan menunaikan zakat dengan kadar tertentu, dengan adanya zakat membolehkan golongan yang kurang bernasib baik dapat  ditolong.


Pada kesempatan ini, Krew Kelab Rakan Muda Tawau (KERAMAT) menggunakan kesempatan dibulan ramadhan ini dengan berbuka puasa beramai-ramai bersama ahli kelab. Dengan adanya aktiviti sebegini, ahli-ahli dapat merapatkan silarturrahim seterusnya bermaaf-maafan serta berkongsi cerita dalam berpuasa. Aktiviti berbuka puasa dimulaka dengan pergi ke bazar yang berhampiran Pusat Kegiatan Rakan Muda iaitu berhadapan Sabindo Plaza. Begitu sesak dengan pelbagai lapisan masyarakat yang boleh ditemui di bazar tersebut, begitu juga dengan makanan dan minuman amat pelbagai. Selepas penat membeli makanan untuk berbuka puasa, krew KRM Tawau menuju ke Pusat Kegiatan Rakan Muda bagi menunggu azan maghrib untuk berbuka puasa.


Berikut dilampirkan gambar-gambar sepanjang aktiviti berikut:-

membeli.. saya nak yg tu, yang ni , yang tu hah...
asyik-asyik begambar.. bila kamu maw membeli makanan ni weii..?
rasanya saya ternampak sesuatu yg sedap di makan weii..

ini baru separuh ja.. banyak lagi makanan kam yang kami x bagi tgok


krew KRMT menuju ke PKRM utk menjamah suma makanan ini..haha

meriah sungguh.. banyak makanan GRATIS..lalala

meh repair makanan sblm azan.. ayyokk

baca doa dlu sebelum makan "kata org tua kepada anak-anaknya"
jelingan tu bha..adehh.. tau la kaw agnes monica..hihi

bhaaa.. buli timbakk sudah.. mehh makan ehh

keriangan dalam berbuka puasa.. makan jangan x makan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...